Pages

Monday 28 April 2014

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)


Assalamualaikum...
TUP TAP TUP TAP dah penghujung April 2014. Sekejap je kan. OK. Tujuan aku "mencoret" kali ni sebab aku nak share sikit la pasal life aku selepas SPM. Result aku alhamdulillah... Walaupun tak sehebat kengkawan aku yang lain, tp memang itu yang selayaknya untuk aku. Aku bagitau jugaklah. Aku dapat 6A. Agak malu jgk la cz dalam geng aku, aku la yang paling sikit. Aku redha. Lepas SPM aku masuk PLKN (len kali aku story). Aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh - PST Perakaunan, n UiTM - Diploma Perakaunan. Masa ni memang aku dalam dilema gila. Sebenarnya macam ni, aku memang TAK NAK matriks ni. Masa kengkawan aku yang lain duk sibuk beli nombor pin matrik, aku rilek je. Kalau tak silap dalam kelas aku tu 2-3 orang je yang tak nak isi matriks ni (include me la).WHY??? sebab RUMORS yang aku dengar selama ni, matriks ni SUSAH!!!! Sampai la satu hari tu kaunselor panggil kitorang. Adesh... Oleh sebab aku malas nak bertekak so aku beli jelah. Masa orang duk sibuk update fasa ke-2 matriks, aku memang tak usik (time ni kat PLKN). Dah memang niat tak nak kan. Tup tup cek on9 dapat la plk. Dalam kepala aku, alar, abaikan. Bukan aku nak gi pon. Bila result UPU keluar pulak, aku jadi macam zuppp! Aku dapat UiTM dekat je ngan rumah. Dalam 15 minit je. Time ni aku nak gi jaoh (konon la). So, aku pertimbangkan balik matriks. Family aku semua suruh gi UiTM, kecuali ayah ngah aku. Beliau je suruh aku pilih matriks! ARGGHHH!!! Serabut siot masa ni. hah, bestpren aku pon ajak gi matriks (tempat sama). Masa ni aku memang dah nangis2 dah. Tak tau nak pilih yang mana. Then aku solat istikharah. Aku berdoa, mintak dengan Allah, kalau UiTM yang terbaik untuk aku, bukakkanlah hati semua orang supaya menerima aku ke UiTM, dan sebaliknya. Alhamdulillah, semua family aku yang sebelum ni duk suruh aku gi UiTM tetiba terima aku ke KMPh. so, ke KMPh la aku. HOHOHO!

Actually, aku takut jugak nak masuk matriks ni. Ye laaa. Aku SPM "pior" sains kot. Tetiba matriks amek akaun! Dengan takde basic langsung pasal akaun ni. Aku ingat pesan ayah ngah aku, orang Melayu ni, dengar kata susah sikit dah tak nak cuba. So, always say try, never say die! Meh aku introduce sikit pasal KMPh ni.

Ni lah logo KMPh. Hehe.. Saje je nak tunjok.
Pagar depan KMPh
sini aku nak story sket la. Masa hari pendaftaran,pukul 3.30 pagi dah gerak dr rumah! sampai gambang dalam pukul 8 TAPI pukul 12 baru leh nampak pagar ni. Jammed teruk giler cz masa ni cuti sekolah, orang2 duk sibuk nak gi gambang waterpark tu ha.. sehala kot. memang la. padahal 15 minit je sepatutnya.

bangunan HEPA
kat atas HEPA ada bilik lecturer.
pernah beratur masa nak balik kampung dari pondok pak guard tu sampai depan HEPA  nak scan kad matrik. dahlah panas. sabor jelah. nak balik punya pasal kan.



masjid KMPh
tak ingat dah namanya. Canteq!! aku jadi AJK surau kot. AJK penerbiatn dan informasi kalau tak silap. siap buat majalah kecik lagi. HOHOHO! bangga la nama ada dalam buku tu. kepada adik2, sila join AJK surau. memang syok!

dewan kuliah besar (DKB )
ada 2 DKB, 4 DKK (kecil)
kuliah aku jarang guna dewan kuliah cz kitorang tak berapa ramai. yang tak ada basic akaun, kitorang asing n special sket, kuliah kitorang kat bilik HARVARD! biasa guna untuk seminar2 je. dengan kerusi empuknya.... PERGHH!! macam gi tengok wayang je.

library

lab budak sains

mini mart
ni la shopping mall kitorang. 

tasik sebelah blok a1
ni blok kediaman. tak tau blok mana ni cz gambar ni aku google je. hihihi. blok aku dulu A2. tinggi darjatnya cz satu2nya blok atas bukit. 2 kali aku terjatuh turon tangga. sampai sekarang rasa kesannya. moral of the story, jangan main handphone masa turun tangga! T_T
laluan ke dewan kuliah n bangunan tutorial. laluan ni memang jammed bila tepat2 jam XX00. masing2 duk berkejaran nak ke kelas seterusnya.


Jangan lupa naik bukit ye. Cantik view kat situ. time last2 tu baru aku berani nak naik. rugi2.

Result? Alhamdulillah. Aku dah buktikan. Sem 1 aku dapat 4 flat tp sem 2 tak.. :( time final sem 2 aku demam. tengah2 exam kot. CGPA aku 3.92. Alhamdulillah. Sape cakap matriks susah???! Meh aku nak ceramah sikit. haha!  Rumet aku, modul 2, dapat 4 flat kot. Sebenarnya semua ni atas diri kita sendiri. Nak berjaya kenalah usaha sahabat.... Ok! That's All... TQ!

1 comment:

  1. Casino online in Nigeria
    We use cookies to improve your experiences and services at Casino Online. novcasino With the right permissions, we can help you to place more  Rating: https://access777.com/ 5 casinosites.one · 토토 사이트 코드 ‎1 vote · ‎Free · ‎Android · ‎Game

    ReplyDelete