Pages

Thursday 15 May 2014

When study week become TEST+QUIZ+CLASS week

Allahuakbar.... Moga Allah kuatkan diri aku untuk mengharungi hari2 yang bakal mendatang ni. Ecelly kan. Mase aku mula2 bukak blog ni, aku rasa macam nak nangis tau. Entah la. Maybe sebab aku bakal meluahkan apa yang terbuku yang terpendam in my heart yang tak pernah aku luahkan. Yup. Aku memang tak suka 'luahkan perasaan' ni. hahak! Tetiba pulak. OK. Back to our topic. It's study week now but I don't think I should call it study week! Let me show my schedule for this 'study week':

Sunday (18/5/14) : Test 2 Financial Accounting + Class Macroeconomics <maybe> + submit assignment macroeconomics
Monday (19/5/14) : <still in planning>
Tuesday (20/5/14) : Test 2 Marketing + Class Akidah Akhlak
Wednesday : Study the whole day!!
Thursday (22/5/14) : FIRST PAPER <MARKETING>

Apa macam?? Syok kan? T_T aku rasa nak .......... HUAAAAA!!!! Study week kali ni aku tak balik. Macam pelik tp tulah realitinya. Member aku tnye, "Ko balik x", "x", "x balik? Macam pelik je. Y?" HAHAHA! Aku tak nak balik cz nanti kesian lak kat mak aku duk tengok muka moyok aku ni. huhu.. boleh pakai ke alasan tu? ah! Lantak pi la. Esok ada progam kaunseling plk kul 8. Aku tak berapa rajin nak gi sebenarnya. Bila dipikirkan balik ada makanan free, aku ubah balik mind set aku + pulak budak2 kelas aku diwajibkan! ada attendance siap doe... Nasib ko la labu~ Rasa macam tak puas lagi je nk mencoret ni. Oleh sebab I need to go sleep right now or I'll be late for getting up for subuh, better I stop here. OK.
Selamat Malam Cinta.. #encikmimpi hahahah! sempat lagi.....

Friday 9 May 2014

...aku drive...??

huaaaaaa!! rasa cam x caye je aku drive! Last aku bawak kereta masa test ngan brader JPJ.. (krik krik) Dekat 9 bulan jugak la aku x drive. Auto lg brader. x pernah2 aku bawak kereta auto ni. Sebenarnya mcm ni ceritanya.... 
Aku teman member aku gi klinik. Dia demam. Dah call klinik suh ambek kat hostel tp diorang x angkat.So, kitorang sewa kereta. Masa gi klinik tu member aku la yang drive. Bajet kejap je la kan. Lepas doktor check n ambek ubat leh blah r tp.. tup tup kena masuk air la pulak. Suhu tinggi kot. 38.5 degree. So, nak tak nak aku kena bawak balik kereta dulu la. Cuak giler kot! Mana taknya, aku belajar mulut je. Ngan member aku terbaring, dia ajar sikit2 la. Alhamdulillah. Sampai jugak la kat hostel aku. Nasib klinik dalam u je. hihi.. pasni aku kena prektis sampai perfek! susah kalau time2 kecemasan.. =.=

Monday 28 April 2014

Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)


Assalamualaikum...
TUP TAP TUP TAP dah penghujung April 2014. Sekejap je kan. OK. Tujuan aku "mencoret" kali ni sebab aku nak share sikit la pasal life aku selepas SPM. Result aku alhamdulillah... Walaupun tak sehebat kengkawan aku yang lain, tp memang itu yang selayaknya untuk aku. Aku bagitau jugaklah. Aku dapat 6A. Agak malu jgk la cz dalam geng aku, aku la yang paling sikit. Aku redha. Lepas SPM aku masuk PLKN (len kali aku story). Aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh - PST Perakaunan, n UiTM - Diploma Perakaunan. Masa ni memang aku dalam dilema gila. Sebenarnya macam ni, aku memang TAK NAK matriks ni. Masa kengkawan aku yang lain duk sibuk beli nombor pin matrik, aku rilek je. Kalau tak silap dalam kelas aku tu 2-3 orang je yang tak nak isi matriks ni (include me la).WHY??? sebab RUMORS yang aku dengar selama ni, matriks ni SUSAH!!!! Sampai la satu hari tu kaunselor panggil kitorang. Adesh... Oleh sebab aku malas nak bertekak so aku beli jelah. Masa orang duk sibuk update fasa ke-2 matriks, aku memang tak usik (time ni kat PLKN). Dah memang niat tak nak kan. Tup tup cek on9 dapat la plk. Dalam kepala aku, alar, abaikan. Bukan aku nak gi pon. Bila result UPU keluar pulak, aku jadi macam zuppp! Aku dapat UiTM dekat je ngan rumah. Dalam 15 minit je. Time ni aku nak gi jaoh (konon la). So, aku pertimbangkan balik matriks. Family aku semua suruh gi UiTM, kecuali ayah ngah aku. Beliau je suruh aku pilih matriks! ARGGHHH!!! Serabut siot masa ni. hah, bestpren aku pon ajak gi matriks (tempat sama). Masa ni aku memang dah nangis2 dah. Tak tau nak pilih yang mana. Then aku solat istikharah. Aku berdoa, mintak dengan Allah, kalau UiTM yang terbaik untuk aku, bukakkanlah hati semua orang supaya menerima aku ke UiTM, dan sebaliknya. Alhamdulillah, semua family aku yang sebelum ni duk suruh aku gi UiTM tetiba terima aku ke KMPh. so, ke KMPh la aku. HOHOHO!

Actually, aku takut jugak nak masuk matriks ni. Ye laaa. Aku SPM "pior" sains kot. Tetiba matriks amek akaun! Dengan takde basic langsung pasal akaun ni. Aku ingat pesan ayah ngah aku, orang Melayu ni, dengar kata susah sikit dah tak nak cuba. So, always say try, never say die! Meh aku introduce sikit pasal KMPh ni.

Ni lah logo KMPh. Hehe.. Saje je nak tunjok.
Pagar depan KMPh
sini aku nak story sket la. Masa hari pendaftaran,pukul 3.30 pagi dah gerak dr rumah! sampai gambang dalam pukul 8 TAPI pukul 12 baru leh nampak pagar ni. Jammed teruk giler cz masa ni cuti sekolah, orang2 duk sibuk nak gi gambang waterpark tu ha.. sehala kot. memang la. padahal 15 minit je sepatutnya.

bangunan HEPA
kat atas HEPA ada bilik lecturer.
pernah beratur masa nak balik kampung dari pondok pak guard tu sampai depan HEPA  nak scan kad matrik. dahlah panas. sabor jelah. nak balik punya pasal kan.



masjid KMPh
tak ingat dah namanya. Canteq!! aku jadi AJK surau kot. AJK penerbiatn dan informasi kalau tak silap. siap buat majalah kecik lagi. HOHOHO! bangga la nama ada dalam buku tu. kepada adik2, sila join AJK surau. memang syok!

dewan kuliah besar (DKB )
ada 2 DKB, 4 DKK (kecil)
kuliah aku jarang guna dewan kuliah cz kitorang tak berapa ramai. yang tak ada basic akaun, kitorang asing n special sket, kuliah kitorang kat bilik HARVARD! biasa guna untuk seminar2 je. dengan kerusi empuknya.... PERGHH!! macam gi tengok wayang je.

library

lab budak sains

mini mart
ni la shopping mall kitorang. 

tasik sebelah blok a1
ni blok kediaman. tak tau blok mana ni cz gambar ni aku google je. hihihi. blok aku dulu A2. tinggi darjatnya cz satu2nya blok atas bukit. 2 kali aku terjatuh turon tangga. sampai sekarang rasa kesannya. moral of the story, jangan main handphone masa turun tangga! T_T
laluan ke dewan kuliah n bangunan tutorial. laluan ni memang jammed bila tepat2 jam XX00. masing2 duk berkejaran nak ke kelas seterusnya.


Jangan lupa naik bukit ye. Cantik view kat situ. time last2 tu baru aku berani nak naik. rugi2.

Result? Alhamdulillah. Aku dah buktikan. Sem 1 aku dapat 4 flat tp sem 2 tak.. :( time final sem 2 aku demam. tengah2 exam kot. CGPA aku 3.92. Alhamdulillah. Sape cakap matriks susah???! Meh aku nak ceramah sikit. haha!  Rumet aku, modul 2, dapat 4 flat kot. Sebenarnya semua ni atas diri kita sendiri. Nak berjaya kenalah usaha sahabat.... Ok! That's All... TQ!

Thursday 13 March 2014

Sejujurnya... I'm a bit.......JeaLous~

Untong la beliau.... 
>>>amender aku ni??
hurmmm.. Tak tau nak tulis macam mana ni. Ok. Yes. Aku akan menulis (menaip sebenarnya) bila HATI aku rasa macam tak berapa nak sedap.(pakai knor pasti sedap pon tak jadi) Dahlah BiE. Dah memang termaktub di luh mahfuz beliau bukan untuk kau dan kau bukan untuk beliau. He is not your PC (*Prince Charming). >>>nak tambah perasa kat hati sikit
<Senang kan?! YUP! Senang diungkap dengan kata-kata but so so so so so HARD to make it!>
Sedar sikit BiE. Kau tu sape.. BELIAU tu sape beb.... Wake UP!!

Thursday 4 July 2013

back to school 1~

SEKOLAH??! terok sangat ke bunyinyer?? ni la tempat aku belajar jadi ORANG. kalu aku tak sekolah? entah. tak leh imagine. jadi apa la aku ni ek... orait.. back to the topic! dah tua2 pon nak sekolah lagi? of kors la u... ini sekola manyak olang "matang2" maa.. yang dah cukop umor je leh masuk skola ni.. sekolah ape?? sekolah MEMANDU ! haaa.. tp.. aku UP ckit la.. institut! institut memandu Bintang Timur dan Utara. sape kenal kenyit mata ! huhu..

aku bergurukan dua pupu abah aku. kebetulan beliau kerja situ. namanya, mak ana..
04/06/2013:kelas KPP (undang-undang). agak keboringan cz aku sensorang je. 5 jam kot! sabow jelah ambe.. ok. first day RM261 dah melayang...
09/06/2013: EXAM? haha! ujian komputer dowh...... study? cam bese la aku. last2 minute baru study. aku baca 1 buku undang2 ! hebat2.. tp..huhu.. bese la kan. otak aku ni susah nak terima fakta. nasib baik aku sempat "buat" soalan 500 kat belakang. tp aku sampai 400++ je. tak habis. nervous gila kot! alhamdulillah. lulus jugak. salah 1 je. 49/50. aku salah soalan kalu tak tampal P berapa mata demerit. soalan ni aku dah baca time otw nak gi test tu. masalahnya di sini ialah aku just ingat soalan! aisehh. lupa pulok jawapannya. aku pon,ape lagi.. kasi hentam saja la. tak kena dowh.. HAHA! lupa nak bagitau. bayar RM10 untuk gambar lesen L. perlu ke buat cam tu? orang nego.. gambarnye ya ampun. teruk bebenor! -.-"
11/06/2013: kelas TEORI. ha,ni lagi sehari suntuk aku kat situ. 3 jam pagi teori kereta. 3 jam petang teori motor. dengar2 orang kata kelas teori ni BORINK! tapi aku rasa best je. maybe cz cikgu aku tu suka buat lawak kot. kelas pon enjoy je. dua-dua kelas. kereta n motor. lagipon kakak aku ada sekali..hehe.. haa! ari ni banyak yang melayang der... RM500!! baki akaun aku tinggal RM9.** je. dahsyat, dahsyat..yang tu aku tak kesah sangat. aku just worry sempat ke tak aku nak cari duit ni. ye lar. kalu boleh taknak la susahkan parents aku. alek2 mak aku pulak xkasi kerja..hurmm.. tawakkal je la.
13/06/2013: aku buat latihan 3 jam motor untuk dapatkan lesen L. aku ni dah lah tak reti mana. aku join la yang tak reti. duk buat pusingan 8 je. pastu kelip2 tengok orang lain buat kat litar. nak join kat litar malu+takot!
17-19/06/2013: latihan 3jam kereta. aku amek kupon sejam sehari. jam pertama n ketiga aku buat ngan cikgu R. ok r. aku kan kosong sal kereta! nak start pon aku tak pernah kot. cikgu ni stail ramah. ok r,, jam ke 2 ..... sabow jelah! bukan garang sangat kot.. tapi tegas! rasa cam nak nanges.. :'( tp dah lepas...huhu
25/06/2013: mak ana sms gtau lesenL aku dah siap. petang tu pukul 3.30 aku buat latihan kereta sejam. mula-mula naik atas jalan ! bedebow kot.. ingat buat bukit parking dulu.. lalukat laluan C sekali,pastu baru buat bukit parking. ok la jugak..
30/06/2013: pukul 4.30 pth. 2jam aku bawak kereta. tak sampai pun sebenarnya. dalam 6.20 dah stop cz abah dah tunggu n tak solat Asar lagi. sesi mengenali lauan A n B. pastu buat bukit parking. susah jugak rupanya. huhu
02/07/2013: latihan motor! nervousnya aku nak masuk litar! bawak motor terketar-ketar kot.. bajet mula-mula ngan kak long nak buat 3 jam la konon. alek2 sejam je ! haha! tak tahan!!! dahlah motor tu tak ringan. ceyh,dah start nak salahkan motor la tu. ye la.. sebenarnya aku ni yang takready. penakot pulak tu! titi first je aku lepas. buat kali ke 2 n 3 jatuh dr titi. nasib baik tak jatuh motor. 3 kali je aku main kat litar. pastu aku tengok je orang lain yang pandai2 tu. malu..... aku ni kan pemalu~

ok la.. setakat tu dulu.. dah ngantuk ni.. selamat malam, Cik Biey~

Tuesday 18 June 2013

ice-breaking dulu.... ~

Assalamualaikum...

First of all,kenalilah diriku sebagai Cik Biey. Identiti sebenar?? biarlah rahsia.......~ (ade lenggok ala2 lagu ct nurhaliza gitu) U wonder y ?? (ade aku kesah...?) orait..aku buat blog ni just nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama ni yang sememangnya tak dapat diluah melalui mulut ku yang manis ini. (ceyh ! PERASAAN betul) takdelah.. sebenarnya aku ni jenis yang pemalu. nak share dengan orang,malu kn. so,easyway (jalan mudah), aku buat la blog. dah lama sebenarnya nak buat ni tapi asyik tak jadi jer.. but,ada someone Special yang aku biasa share jugak ngan dia ni. tak semua la.. sikit2 jer.. wait! not BF ok.. I tak main la bf2 ni. GF ! knowledge dia sal aku lebih sket dari kengkawan aku yang lain.. tak yang mention lah kan.. hanya aku dan dirinya je yang mengerti..hehe.. and tak lupa THE ONE.. Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. selama ni aku pendam je semua apa yang aku rasa. dari kecik kot. entah. aku  tak suka share problemS aku n my BAD feelings or my "sweet" feelings too.. ^_^ but I am a GOOD listener. kengkawan, family.. biasa la share perasaan or SECRET diorang kat aku. aku ok jer bab tu. just aku tak leh nak share yang aku. (aku kan PEMALU :p ) ok.. apa lagi yang perlu aku bagitau ek? umur? perlu ke? tak yah lah kot. hehe. lagi satu. aku bukan buat blog ni cz nak jadi Famous Amous ke apa. aku tak harap pun ada orang yang akan baca or folow2 ke amender ke.. asalkan terluah apa yang terpendam selama ni di lubuk jantung hati aku ni. tapi kalu ada pun aku tak kesah.. aku orait jerr.. yang nak sharing maring ker.. hihihi.. ok,everybody. that's all for today. I need to rest. esok nak ke sekolah pulak.. (sekolah lagi ke aku ni?? ) hahahahaha! orait.. assalaaamualaikum!