Pages

Thursday 4 July 2013

back to school 1~

SEKOLAH??! terok sangat ke bunyinyer?? ni la tempat aku belajar jadi ORANG. kalu aku tak sekolah? entah. tak leh imagine. jadi apa la aku ni ek... orait.. back to the topic! dah tua2 pon nak sekolah lagi? of kors la u... ini sekola manyak olang "matang2" maa.. yang dah cukop umor je leh masuk skola ni.. sekolah ape?? sekolah MEMANDU ! haaa.. tp.. aku UP ckit la.. institut! institut memandu Bintang Timur dan Utara. sape kenal kenyit mata ! huhu..

aku bergurukan dua pupu abah aku. kebetulan beliau kerja situ. namanya, mak ana..
04/06/2013:kelas KPP (undang-undang). agak keboringan cz aku sensorang je. 5 jam kot! sabow jelah ambe.. ok. first day RM261 dah melayang...
09/06/2013: EXAM? haha! ujian komputer dowh...... study? cam bese la aku. last2 minute baru study. aku baca 1 buku undang2 ! hebat2.. tp..huhu.. bese la kan. otak aku ni susah nak terima fakta. nasib baik aku sempat "buat" soalan 500 kat belakang. tp aku sampai 400++ je. tak habis. nervous gila kot! alhamdulillah. lulus jugak. salah 1 je. 49/50. aku salah soalan kalu tak tampal P berapa mata demerit. soalan ni aku dah baca time otw nak gi test tu. masalahnya di sini ialah aku just ingat soalan! aisehh. lupa pulok jawapannya. aku pon,ape lagi.. kasi hentam saja la. tak kena dowh.. HAHA! lupa nak bagitau. bayar RM10 untuk gambar lesen L. perlu ke buat cam tu? orang nego.. gambarnye ya ampun. teruk bebenor! -.-"
11/06/2013: kelas TEORI. ha,ni lagi sehari suntuk aku kat situ. 3 jam pagi teori kereta. 3 jam petang teori motor. dengar2 orang kata kelas teori ni BORINK! tapi aku rasa best je. maybe cz cikgu aku tu suka buat lawak kot. kelas pon enjoy je. dua-dua kelas. kereta n motor. lagipon kakak aku ada sekali..hehe.. haa! ari ni banyak yang melayang der... RM500!! baki akaun aku tinggal RM9.** je. dahsyat, dahsyat..yang tu aku tak kesah sangat. aku just worry sempat ke tak aku nak cari duit ni. ye lar. kalu boleh taknak la susahkan parents aku. alek2 mak aku pulak xkasi kerja..hurmm.. tawakkal je la.
13/06/2013: aku buat latihan 3 jam motor untuk dapatkan lesen L. aku ni dah lah tak reti mana. aku join la yang tak reti. duk buat pusingan 8 je. pastu kelip2 tengok orang lain buat kat litar. nak join kat litar malu+takot!
17-19/06/2013: latihan 3jam kereta. aku amek kupon sejam sehari. jam pertama n ketiga aku buat ngan cikgu R. ok r. aku kan kosong sal kereta! nak start pon aku tak pernah kot. cikgu ni stail ramah. ok r,, jam ke 2 ..... sabow jelah! bukan garang sangat kot.. tapi tegas! rasa cam nak nanges.. :'( tp dah lepas...huhu
25/06/2013: mak ana sms gtau lesenL aku dah siap. petang tu pukul 3.30 aku buat latihan kereta sejam. mula-mula naik atas jalan ! bedebow kot.. ingat buat bukit parking dulu.. lalukat laluan C sekali,pastu baru buat bukit parking. ok la jugak..
30/06/2013: pukul 4.30 pth. 2jam aku bawak kereta. tak sampai pun sebenarnya. dalam 6.20 dah stop cz abah dah tunggu n tak solat Asar lagi. sesi mengenali lauan A n B. pastu buat bukit parking. susah jugak rupanya. huhu
02/07/2013: latihan motor! nervousnya aku nak masuk litar! bawak motor terketar-ketar kot.. bajet mula-mula ngan kak long nak buat 3 jam la konon. alek2 sejam je ! haha! tak tahan!!! dahlah motor tu tak ringan. ceyh,dah start nak salahkan motor la tu. ye la.. sebenarnya aku ni yang takready. penakot pulak tu! titi first je aku lepas. buat kali ke 2 n 3 jatuh dr titi. nasib baik tak jatuh motor. 3 kali je aku main kat litar. pastu aku tengok je orang lain yang pandai2 tu. malu..... aku ni kan pemalu~

ok la.. setakat tu dulu.. dah ngantuk ni.. selamat malam, Cik Biey~

Tuesday 18 June 2013

ice-breaking dulu.... ~

Assalamualaikum...

First of all,kenalilah diriku sebagai Cik Biey. Identiti sebenar?? biarlah rahsia.......~ (ade lenggok ala2 lagu ct nurhaliza gitu) U wonder y ?? (ade aku kesah...?) orait..aku buat blog ni just nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama ni yang sememangnya tak dapat diluah melalui mulut ku yang manis ini. (ceyh ! PERASAAN betul) takdelah.. sebenarnya aku ni jenis yang pemalu. nak share dengan orang,malu kn. so,easyway (jalan mudah), aku buat la blog. dah lama sebenarnya nak buat ni tapi asyik tak jadi jer.. but,ada someone Special yang aku biasa share jugak ngan dia ni. tak semua la.. sikit2 jer.. wait! not BF ok.. I tak main la bf2 ni. GF ! knowledge dia sal aku lebih sket dari kengkawan aku yang lain.. tak yang mention lah kan.. hanya aku dan dirinya je yang mengerti..hehe.. and tak lupa THE ONE.. Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. selama ni aku pendam je semua apa yang aku rasa. dari kecik kot. entah. aku  tak suka share problemS aku n my BAD feelings or my "sweet" feelings too.. ^_^ but I am a GOOD listener. kengkawan, family.. biasa la share perasaan or SECRET diorang kat aku. aku ok jer bab tu. just aku tak leh nak share yang aku. (aku kan PEMALU :p ) ok.. apa lagi yang perlu aku bagitau ek? umur? perlu ke? tak yah lah kot. hehe. lagi satu. aku bukan buat blog ni cz nak jadi Famous Amous ke apa. aku tak harap pun ada orang yang akan baca or folow2 ke amender ke.. asalkan terluah apa yang terpendam selama ni di lubuk jantung hati aku ni. tapi kalu ada pun aku tak kesah.. aku orait jerr.. yang nak sharing maring ker.. hihihi.. ok,everybody. that's all for today. I need to rest. esok nak ke sekolah pulak.. (sekolah lagi ke aku ni?? ) hahahahaha! orait.. assalaaamualaikum!